Friday, 24 October 2008

On a lighter note

Terlewat sebulan

Sepasang pengantin baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun bertanya "Ini rumah En. Mahpus ker?" "Iya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."APA??? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Alaa puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online."

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan. "Releks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan."

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, “Nanti saya bincang dengan suami saya..” Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus amik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet! Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???”

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan cuba mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahphus tambah naik berang.


"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap, "Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah, "Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???”

Pegawai TNB tu pun cakap, "Nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"


Note : Got this from my favourite online forum site. Original author unknown.

14 comments:

Patricia said...

Good one, Oldstock! Hahahah!

Pat

Michelle said...

Ah! Too funny la.. Rasanya bila terdengar part "guna lilin", suami tu pengsan kot!

Kak Teh said...

Oldstock, came here from Xmatters and I must say, it got me chuckling quite early in the morning. Thanks for sharing.

hanitha said...

Caya la bro...mmg lawak giler la..ilang tensen sebab wat repot tk tally2 figure huhu...boring la wat akaun gini kan...nasib baik ader blog bro..ilang tensen..syukran

Oldstock said...

-> Pat,

Glad that you liked it.

-> Michelle,

If the wife really had to use the candle, the husband would see the thing in an entirely new light (pun intended) ! Heheheh...

Oldstock said...

Salam Kak Teh,

Selamat datang. I've actually been to your blog a number of times but did not leave any comment. I especially liked your posts about the RMR in London (Our Boys Are In Town). Made me proud too.

Reading some of your posts made me recall the time in stayed in London... nostalgia gitu.

Do drop by again soon.

Oldstock said...

Hanitha,

Buat pe la hang nak tension-tension siapkan akaun tu... Relax beb.

Bukan ke akauntan ni pandai membalancekan yang tak balance? Create je satu kategori untuk `miscellaneous items'... hahaha... Jangan marah ye Kak Long, wa gurau je.

Hang ni bila nak start blog? Boleh bantu release tension tu. :-)

Kak Teh said...

Oldstock, do come by again and leave your mark there as I do appreciate contributions from readers - i love the sharing of experience. Actually, am supposed to finish a 6 part feature for RTM on the malay regiment in London - am trying to.

can i link you?

Oldstock said...

Kak Teh,

Feel free to link. Kecil tapak tangan...

hanitha said...

bro, wat blog??? aiyoo...tkpe la..gua baca blog u aje la...

Jarod said...

hahahaah! Good one! Thanks sir for sharing the story!

Oldstock said...

Hi Jarod,

Good to know you liked this joke. Thanks for dropping by. Will pop over to your blog soon.

Chahya said...

LOL!
Baru tday dpt jenguk yr blog and ternampak this joke.

Alamak...camna nak bagi tak terasa yer...dah lah nama blog i Chahya's Candle...iskkkk, ishhhh...hahaha. Teruklah joke ni....hahaha

Oldstock said...

Aduh Chahya... Kebetulan tu, hahaha..

Hati-hati ye, jangan sampai bil TNB terlewat bayar :-)