Wednesday, September 9, 2009

Dua cerita berbuka puasa

Saya sebenarnya tidak ada apa sangat hendak diceritakan dalam blog ini. Cuma bila sudah beberapa hari tidak membuat entri baru, terasa ketinggalan pula. Jadi, mahu tak mahu, saya ceritakanlah juga tentang pengalaman berbuka puasa kami sekeluarga beberapa hari yang lepas... walaupun saya tahu cerita pasal berbuka ni dah terlalu biasa dan tidak menarik lagi untuk dibaca.

Namun begitu, untuk mengujudkan sedikit perbezaan dari norma penulisan saya sebelum ini, catatan blog kali ini ditulis dalam Bahasa Melayu. Saya pinjam ide dari kawan baik Versedanggerik.

Shah Alam : Khamis 3hb Sep 2009

Saya mengambil cuti pada hari tersebut kerana hendak ke KLIA bagi menjemput anak sulung kami yang pulang bercuti selama tiga minggu. Sudah dua tahun Along belajar di Timur Tengah. Tahun lepas dia balik juga, cuma terpaksa balik ke sana sebelum Hari Raya. Tahun ini dapatlah dia beraya bersama kami.

Terlanjur kami berada di Kuala Lumpur, kami singgah di Shah Alam untuk mengajak anak kedua kami yang belajar di UiTM untuk berbuka puasa bersama. Buat pertama kali tahun ini, kehadiran ahli berbuka puasa kami sekeluarga cukup sepenuhnya. Kesempatan juga diambil untuk mengajak seorang anak saudara bernama Farhana yang baru masuk Management & Science University di Shah Alam untuk turut serta.

Sebagai menjamu Angah yang selama in berbuka di kafeteria asramanya, saya cuba mencari kedai makan yang menyelerakan. Saya sebenarnya tidak berapa tahu sangat tentang kedai-kedai makan yang sedap di Shah Alam tetapi saya pernah mendengar bahawa ada banyak restoran di kawasan Seksyen 13. Pada mulanya, saya hendak cuba makan di Fiescanto Cafe (pemilik cafe ini pernah menghantar saya emel tentang masakan kacang pol) tetapi kedainya tutup pula. Kami meninjau beberapa restoran lain dan akhirnya membuat keputusan untuk berbuka di sebuah restoran makanan laut bernama Shuhaida Seafood Restaurant.


Restoran ini agak besar juga dan mempunyai hiasan dalaman yang kemas dan selesa. Juadah berbuka kami terdiri dari set menu tujuh jenis hidangan yang dimasak ala `Chinese-style'. Semua lauknya siap dihidang beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka. Dalam keadaan perut yang lapar, sudah tentunya apa yang dihidangkan nampak enak belaka. Namun begitu, setelah merasa semua masakan tersebut, yang boleh saya puji hanya masakan ikan sahaja. Rasa lauk yang lain agak biasa... orang putih kata `average only'.

Along dan Adik

Farhana dan Angah

Setelah berbuka, saya menghantar Angah dan Farhana balik ke kampus masing-masing. Kami kemudian bertolak balik ke Johor Bahru malam itu juga.

Singapura : Sabtu dan Ahad 5hb - 6hb Sep 2009

Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga telah ke rumah orangtua saya di Singapura. Sebenarnya, adik bongsu saya menjemput kami berbuka di rumahnya pada petang Sabtu. Lagipun, saja nak bawa Along berjumpa dengan Atok dan Nenek dia.

Adik saya memasak mee bandung untuk juadah buka. Sedap juga rasanya sehingga terlupa saya untuk mengambil foto.

Keesokan harinya, sebagaimana biasa, kami mengambil peluang untuk ke Mustafa Centre untuk menghabiskan stok simpanan dolar Singapura kami. Adalah berbelanja sedikit... tak habis pun duit Singapore kami itu. Dan juga sebagaimana biasa, selepas membeli belah di Mustafa Centre, kami menuju pula ke Beach Road untuk membeli sup tulang merah yang dibungkus untuk di bawa balik. Sepuluh sing dolar untuk sepuluh ketul... lebih murah dari yang dijual di JB.

Sup tulang merah Beach Road

Petang itu, emak saya memasak mee siam kuah, antara masakan kegemaran saya (sebenarnya, tiada masakan emak kita yang kita tidak gemar, kan?). Dicampur dengan bubur lambuk masjid dan sup tulang merah tadi, maka penuhlah meja dapur emak saya dengan juadah berbuka puasa.

Oleh kerana masalah kolesterol, saya cuma ambil dua ketul tulang kambing. Anak bongsu saya tukang bereskan yang lain.

Sekian, cerita saya yang tidak seberapa ini. Saya rasa lepas ni saya tak tulis tentang buka puasa dah. Kita tunggu cerita hari raya pula...

33 comments:

Saya... said...

Fuhhhh...merahnye mak ngah!

Nurie said...

teruja saya membaca blog saudara dalam bahasa malaysia hari ini :-)
Kalau di Shah Alam, cuba melawat restoren Syed di Sect 6 atau sect 9kalau tak silap saya. Nasi bukhari sedap!
Restoren kegemaran kami di sect 9 (berhadapan plaza masalam)Maaf, tak tahu nama kedai tapi kedai tu menjual berbagai jenis masakan melayu dan pelbagai ulam ulaman yg amat menyelerakan.

Nurie said...

Hi again, lupa nak tanya tadi, your son belajar kat timur tengah? Kat mana tu..

3yearshousewife said...

The red sup tulang looked pretty scary to me. I like your writing in English better. The Malay version sounded 'skema'. I guess when we think in English, our Malay became 'skema'.

mamasita said...

Sup tulang merah?? Waah..red betul..dia bubuh apa yer?

VersedAnggerik said...

blog dwibahasa is so in line with !malaysia gitewwww....

Kak Teh said...

oldstock, seronoknya dapat berbuka dengan anak-anak. So far, kami belum dapat berbuka semua sekali. ada saja yang tak ada di rumah, ada yang kerja, ada yang buka di rumah kawan.macam2 hal.

Soup merah tu, macam mana jadi merahnya? colouring ka?

D said...

Yeah... what's with the BM writing? :) My BM sucks and it's limited to writing formal letters/emails.

Perhaps they use tomato as the base for the soup?

Oldstock said...

Saya,

memang merah sup itu. basically from tomato paste plus some food colouring too.

Oldstock said...

Sdri Nurie,

Tidak perlu teruja sangat dengan tulisan saya ini. Sekali sekala berubah angin. Maka saudari pun menurunkan komen dalam bahasa melayu juga ye... :-)

Anak sulung saya belajar di Jordan dalam jurusan perubatan. Semuga bila beliau berjaya kelak, dapatlah dia menasihati ayahnya ini dalam perihal pemakanan untuk menjaga kesihatan.

Oldstock said...

3yearshwife,

Yes, the sup tulang looks scary but tastes devilishly exquisite. Hanya boleh di dapati di gerai mamak di Singapura.

I can write in better Malay, cuma masa I tulis post ini tadi, I was caught in two minds of whether to write in a formal tone or in a relax style.

Oldstock said...

mamasita,

As per my reply to Saya above, the red comes from tomato paste plus some food colouring.

Oldstock said...

Verse,

The idea of writing in Malay was just to give a mundane story a new approach. But I'm probably just like you... pasni dah tak tulis dalam BM lagi kot :-)

Oldstock said...

Kak Teh,

The second son is coming back next week for the hari raya hols, so we'd be a full family again for a few more days. Lepas tu, balik seperti biasa. Part of the growing up and growing old cycle, I guess.

Oldstock said...

D,

Saja je nak tulis dalam BM... lama dah tak kena buat karangan, heheheh. Will I have a smaller readership if I write totally in BM, you reckon?

You're right about the tomato base for the soup.

Snakebite said...

teringin nak rasa sup tulang (sementara kolesterol masih mengizinkan ni). been waiting for the sup tulang merah tu 'berjangkit' ke kl. unfortunately it is not contagious, in spite of promosi by none less than anthony bourdain himself. so, kat mana kedai di jb yang ada jual?

Rina said...

Snakebite,
One place to go - Ayu Sup Gearbox Restaurant which is located at No 1, Jalan Susur Kemajuan, Taman Kemajuan, Batu Pahat, Johor. The chef learnt to cook the dish while he was working as a chef in Singapore. Tribute to Johor Buzz.

..And I heard Myra Bistro, M Suites Hotel offered the dish as part of their Ramadhan buffet menu.

Hope the info helps. :)

DrSam said...

Salam.

Tentu suasana hari Lebaran akan lebih meriah dengan semua yang tersayang ada bersama. Selamat bercuti Along.

Sup merah tu ada tengok dalam AFC. disedut sum-sum dengan straw lagi. Saya pun tengok aje le meneleh air liur. Cik abe koles-strol pun tgh dipantau.

MY HOMESTAY said...

Salam Oldstock..Deen here. Wowo..look delicious. I am published the next painting to my blog, please check for the detail. Waiting for your reply.

Deen

melayudilondon said...

Salam

Lama saya baca blog; cuma segan nak letak komen. Teruja benar dapat tengok gambar sup tulang Beach Road. Dah lama tak makan - nampak gambar jadi lah.

Kalau ke Singapura, cari lah rempah Dessa. They are the only rempah makers which include Sup Tulang as part of their range. Sedap and Pedas! Kalau tak salah, ada terjual di kedai Sheng Shiong di Bedok Central (in the halal meat chiller).

HLiza said...

Rasa lain macam pulak baca blog ni dalam bahasa Melayu..he he..makin buat rasa nak tau apalah rasa sup merah ni..FireFly ada buat flight dari Ipoh ke Singapore at RM88 per person one way..mana cik abang ni..baru nak habaq dah melarikan diri pulak..

ladymarko said...

Baru nak tanya cemana sup tulang tu boleh jadi merah... My question has been answered though :-)

Ingatkan kut die bubuh buah plum ke, cause i thought yg bulat2 tu plum. Must be onions kut...

Selamat menyambut aidilfitri with the whole family. Will surely be a blast this year eh?

Oldstock said...

Tok snake,

You got a point there. It still surprises me that this dish has not catch on in KL, even as you put it, after Bourdain has given his thumbs-up.

Kat JB ada dua kedai makan near my place in Majidee that sell this sup tulang merah, surprisingly Malay and not Mamak. Tapi taste dia tak dapat tanding the one from Singapore.

Oldstock said...

Hi Rina,

Nice to see you drop by here again. Jauh tu kat Batu Pahat nak cari Ayu Sup Gearbox... tapi good info, just in case I happen to be in BP.

And I might just try that M-Suites ramadan buffet.

Oldstock said...

Salam Doc,

Yang part sedut bone marrow guna straw tu yang buat dia special sikit. Actually Doc, kalau you pergi restoran Linda Onn kat Ampang pun ada mee rebus tulang yang mana boleh sedut sum-sum guna straw.

Oldstock said...

Deen,

Ok noted. Will drop over to your blog soon.

Oldstock said...

Salam melayudilondon,

Tak perlu segan-segan... sudilah memberi komen di blog saya.

Pertama kali saya dengar tentang rempah Dessa ni. Saya akan cuba cari. Terima kasih.

Oldstock said...

Hliza,

Heheheh... tak tahu setakat mana nak tuli entri dalam BM. Once in a blue moon, maybe.

As I have said previously, let me know if you and family intend to makan angin ke Singapura.

Oldstock said...

Ladymarko,

Yang bulat-bulat tu is part of the bone, the one that goes into the socket of the next bone, I think.

Aduh... terduga puasa dibuatnya melihat gambo sup tulang ini.

Yes, I think this raya would be a slightly merrier one that the last.

Anonymous said...

Oldstock... dari mana datang nama mee siam & mee bandung tu? Kalau kita tanya org Siam atau org Bandung.. mesti dorang menggaru kepala..!! hehehhe...

miezarra

Oldstock said...

Zarra,

Asal nama mee siam tu datang dari jenis mee yang diperbuat dari tepung beras... agaknya lah. Dah tak ramai orang sebut mee siam lagi, sekarang ni orang cakap bihun.

Nama asal mee bandung pun satu misteri juga. Memang confirm kat Bandung Indonesia takde jual mee macam ni. Air sirap bandung pun takde kat Indonesia, apatah lagi bandung soda yg femes kat Johor ni. Untuk menyiasat perkara ini perlukan tempoh yang agak panjang, jadi saya setakat nak spekulate je dahulu... saya rasa perkataan `bandung' dalam mee bandung atau air sirap bandung bukan merujuk kepada satu tempat tapi ada maksud yang lain. Untuk mengetahui apa maksud itu... kena tunggu episod akan datang :-)

Papa-NtiQ said...

hi Oldstock...cakap pasal sup tulang merah nih, i baru jer upload pics kat blog masa gi makan kat Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

Oldstock said...

Papa antik,

Sorry lah bro, lambat reply. Sibuk dan tension kat tempat kerja.

I checked out your story on sup tulang merah at Beach Road. I've tried out most of the stalls there and actually prefer the second stall as seen in your picture.

Kat JB, Banafee Village ada jual tulang merah yang ada rasa menghampiri Beach Rd standard.