Tuesday 20 October 2009

Pangkat dan gelaran

Entri kali ini takde kena mengena dengan pingat atau darjah kebesaran yang diberi oleh kerajaan ataupun raja-raja Melayu, tak kiralah samada pingat itu dianugerah ataupun dibeli. Pangkat yang saya maksudkan ialah panggilan atau gelaran yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk ahli keluarga dan sanak saudara mereka.

Kalau anda perhatikan dalam posting-posting saya sebelum ini, saya menggelar tiga orang anak lelaki saya sebagai Along, Angah dan Adik. Bagi pembaca-pembaca Melayu, gelaran-gelaran itu boleh difahami dengan jelas dan tidak perlu diterangkan. Namun begitu, terlintas di fikiran saya bahawa mungkin ada pembaca blog yang bukan Melayu yang tertanya-tanya mengapa gelaran tersebut digunakan. Jadi, apabila tergerak hati untuk menulis sedikit tentang topik ini, saya cuba selidik pula tentang gelaran ataupun nama timang-timangan lain yang biasa kita dengar.

Tidak semua keluarga Melayu mengamalkan panggilan timang-timangan ini dan sudah tentunya terdapat variasi maksud sesuatu gelaran itu mengikut negeri, daerah mahupun suku kaum rumpun Melayu. Sebagai contoh, di kalangan adik beradik saya, ayah dan ibu kami tidak memanggil kami dengan nama timang-timangan. Berlainan pula dengan keluarga sebelah isteri yang mana beberapa ahli dipanggil dengan nama gelaran.

Pada dasarnya, nama timang-timangan yang diberi kepada seseorang itu adalah mengikut turutan kelahirannya. Along adalah gelaran yang diberi kepada anak pertama atau anak sulong. Apabila Along menjadi dewasa dan mempunyai anak-anak saudara, maka gelarannya akan menjadi Pak Long (lelaki) ataupun Mak Long (wanita). Di sebelah keluarga saya, anak-anak saudara saya memanggil saya Pak Long. Secara automatik, isteri saya bergelar Mak Long. Sebaliknya isteri saya adalah anak kelapan dari tigabelas beradik, jadi gelaran Pak Long/Mak Long adalah hakmilik orang lain. Sebenarnya, anak-anak saudara sebelah isteri menggunakan gelaran moden untuk saya, iaitu `Uncle'. Hmmm... pelik juga.

Angah adalah gelaran untuk anak kedua. Asal-usul gelaran ini ialah perkataan `tengah'. Tapi, kalau kita fikirkan dengan lebih mendalam, mungkin boleh timbul sedikit kekeliruan. Ya lah... kalau anak cuma tiga orang, yang kedua tu bolehlah dianggap tengah. Tapi kalau anak dah ramai, kedudukan nombor dua kan bukan di tengah lagi. Apa-apapun, begitulah definasi gelaran Angah. Gelaran-gelaran yang berkaitan adalah Abang Ngah/Kak Ngah, Pak Ngah/Mak Ngah mahupun Tok Ngah/Nek Ngah.

Bagi pangkat adik-adik yang berikutnya, terdapat beberapa perbezaan amalan, bergantung kepada negeri ataupun keluarga masing-masing. Di sesetengah tempat, anak ketiga digelar Alang. Tapi saya pernah juga mendengar gelaran-gelaran lain iaitu Achik ataupun Uda.

Bagi anak yang keempat pula, gelaran yang biasa dipakai ialah Utih (atau juga dieja sebagai Uteh). Besar kemungkinan gelaran ini adalah singkatan dari perkataan `putih'. Menurut Kamus Dewan, orang Perak menggunakan nama timang-timangan ini untuk anak yang keenam. Hmm... nak kena confirm dengan kawan-kawan saya dari Perak, samada betul ke tidak ni.

Lawan bagi perkataan `putih' ialah `hitam'. Itam pula adalah panggilan mesra untuk anak yang ketujuh (di Negeri Sembilan, anak yang kelapan). Alahai... kenapalah dipanggil budak itu Itam, kesian dia. Maka apabila dewasa kelak, jadilah dia Pak Itam atau Mak Itam. Untuk glamer sikit, dipendekkan jadi Pak Tam/Mak Tam sahaja.

Terdapat beberapa panggilan lain yang biasa saya dengar tetapi posisinya dalam turutan adik-beradik tidak berapa jelas. Gelaran-gelaran itu ialah Andak dan Anjang. Sekiranya anda tahu hakmilik anak keberapa gelaran ini, harap dapat dikongsikan pengalaman anda.

Yang pastinya, anak yang bongsu akan mendapat gelaran Busu atau lebih manja dipanggil Ucu. Panggilan Ucu ini hanya boleh digunakan oleh anak-anak saudara kepada bapa atau emak saudara mereka yang paling muda. Saya tak boleh nak panggil anak bongsu saya Ucu, sebab manalah tahu ada rezeki dapat tambah anak lagi... ehem, ehem :-)

42 comments:

CS said...

Salam Oldstock. Your last para. a bit bahaya. 'Nak tambah' from the same cawangan or ??? :-)

NanaDJ said...

Rasa saya hanya di Johor saja ada yang pangkat kakak tetapi dipanggil Abang. Sewaktu kecil saya rasakan panggilan tersebut perkara biasa tetapi apabila berkahwin dengan orang Utara baru saya sedar panggilan tersebut agak ganjil.
Bagi adik beradik saya yang seramai 12 orang, kami tidak menggunakan gelaran Along, Angah dll sebaliknya menggunakan nama timangan dengan memendekkan nama asal atau nama 'glamour' saperti Bob, Dan dsbnya. Dalam keluarga kami juga ada yang memanggil bapa saudara atau ibu saudara Mak atau Bapak so and so mithalnya Mak Eja atau Pak Eja (Eja merupakan nama anak sulong mereka).

Saya sendiri tidak dipanggil Mak Chik atau Tok, sebaliknya Aunty ...atau Nana (that's why my blog name is Nana.)

HLiza said...

Laa.samalah kita..my hubby pangkatnya Pakcik pada anak2 sedara dia, tapi depa panggil saya Auntie..he he. Saya Along di sebelah keluarga saya..tapi ada seorang kakak yg berbeza ibu..so anak saya panggil dia MakLong, anak dia pun panggil saya Maklong..keh keh..

Mata Hari said...

teringat criter kwn saya..mak bapak dia tak tau nak panggil anak gelaran apa dah bila anak2 dah menjangkau bilangan ke-13...sian jugak. :)

Zendra-Maria said...

Salam Oldstock, I'm number 5 out of 9 and some call me Kak Chik, I suppose being "kecik' in terms of position. But in terms of size, they might as well call me Kak Anjang as I am relatively tall(panjang), which reminds me, the nogori people has "anjang" as a pangkat/gelaran though am not aware which position.

Tq. Have a nice day!

Rina said...

Itu lah, kalau dah adik beradik dua kerat ja mcm saya, yang ada, cuma Along (akak) & saya. Itu ja lah..

Tapi disebabkan adik-beradik suami Along ramai sampai 10 orang, adalah macam2 gelaran. Nak pendekkan cerita, saya dpt gelaran Auntie Rina. Ringkas dan supaya kedua2 anak buah saya tak confuse, sebab karang kalau panggil saya Mak Ngah atau Mak Dik, belah suami Along, adik2 nya ada jugak yang dipanggil Mak Ngah & Mak Dik.

Anak2 buah pulak baru umur setahun dua.. Dari Auntie Rina bunyiknya jadi "en-en-Na" je. Nak sebut Auntie & Rina tak tahu, bunyi lebih kurang sama puun jaaaadilah...

Bila terfikir balik, kelakar jugak.. :)
_____________

Tetapi yang pasti, gelaran2 ini diwujudkan bukan sahaja bertujuan untuk membezakan mana satu anak yang tua, muda, tengah, bongsu, tetapi supaya anak2 yang kecil lebih hormat kepada yang lebih tua.. Sebab kalau dipanggil ikut namanya sahaja, hilanglah rasa hormat tu.. Bayangkan si adik panggil si abang hanya menggunakan nama atau paling kurang pun kau, aku..

_____________

Pandangan saya, gelaran2 ni bukan satu budaya Melayu, tetapi lebih kepada adapatasi budaya sesebuah keluarga tu sendiri tak kira bangsa tak kiralah jugak di mana.. Kalau tak takkan kawan2 saya berbangsa India panggil akak yang tua sebagai “Kaka”. Begitu jugak kawan2 Melayu, ada jugak adik-beradik yang tidak ada gelaran langsung, hanya gunakan nama sahaja. Dalam kaum cina pulak dipanggil abangnya “Ge-Ge”.

Rina said...

Quote: "Saya tak boleh nak panggil anak bongsu saya Ucu, sebab manalah tahu ada rezeki dapat tambah anak lagi... ehem, ehem :-) "

Manalah tahu bila ada rezeki dapat girl pulak kan? Baru lah mak ya ada geng kat rumah! :-)

Mr Oldstock, My Advice Is:
According to my nephew daily song which adapted from their fav cartoon show: "Apee Yang Penting? Kerjeeshamee.. Wonderpet Wonderpet!.."

Hihihi... Joke of the day

Fadhil said...

Salam somuffins,

Takde mana bahayanya... kalau dah takdir, kita redha saje la kan, heheheh.

Fadhil said...

Salam NanaDJ,

I'll touch on two points from your comment.

1. Saya sendiri tak pernah dengar kakak dipanggil Abang, but I am not surprised. Di sebelah mak saya, allahyarham datuk saya dipanggil Nenek. Untuk membezakan dua nenek itu, maka seorang adalah Nenek Lelaki dan lagi sorang Nenek Perempuan.

2. Saya juga biasa dengan panggilan Mak/Bapak so and so, cuma di kalangan anak-anak jiran. Contohnya, adik saya bernama Siti, jadi mak dan ayah saya dipanggil Mak Siti dan Ayah Siti.

You ada blog ke Nana? Camne nak visit?

3yearshousewife said...

My abah side of the family; Chor, Ngah, Alang, Uda, Andak, Anjang, Encik & Chu.
My mak side : Long, Ngah, Alang, Uda, Andak, Anjang, Achik, Itam, Chor, Chu & Mami. I guess my Tok thought Chu was the last and suddenly came another, so Mami she becomes. All of them are from Perak.
My family, we go by names and only to be called Pak whatever and Mak whatever after marriage. Me, I go with being Mak Mie instead of Mak Lang which I dislike because it sounds like Malang...
Here also everyone is being called uncle & auntie. Maybe because dok negeri omputih??? or pakcik makcik sounded old and old fashioned???

Org lelaki pantang sebut tambah, senyum lebar...

Fadhil said...

Hliza,

Wah... anda juga seorang Along ye. So your hb automatically is a Pak Long kan? Atau dia prefer panggilan `Uncle'?

Eh... camna tu ada dua Mak Long, tak konpius ke? Kiranya seorang Mak Long Tua dan sorang lagi Mak Long Muda la ni :-)

Aizan Suhaira said...

I'm pretty sure Andak is the 6th child because my dad is the 6th child out of 10, and his family calls him Andak/Pak Andak.

I am called Kak Ngah in my family. Not too sure when it started, but I remember the first time they started to call me Kak Ngah I hated it! Hahahahahha....

Obviously I've gotten used to it now. Oh... I've been upgraded to Makngah 6 years back.

Fadhil said...

matahari,

No problem, kalau dah sampai anak ke-13, panggil apa saja yg berkenan di hati. Panggil Sayang boleh, Comel pun boleh... ataupun mengikut trend semasa, paling manja ialah panggilan Baby :-)

Fadhil said...

Salam Zen,

Kak Chik is not too bad la kan. No 5 of 9 kira senior la jugak.

I have a Pak Anjang on my mother-in-law side. And I think he is no. 5 out of 6 siblings.

You have a good day too.

Fadhil said...

Rina,

Gelaran Mak Dik pun kira ok pe... tapi taklah se glamer Auntie Rina.

Saya ada anak sedara yang sebenarnya anak nombor dua, tapi parents dia panggil Adik dan bukan Angah. Bila dia besar dan dapat adik, adik-adiknya panggil dia Kak Adik. Mula-mula tu dengar macam pelik sikit kan, kakak tapi adik. Lama-lama dah jadi biasa.

Err... jangan percaya sangat ayat terakhir saya tu. Rezeki nak dapat anak girl adalah tipis sekali. Production line telah ditutup :-)

Fadhil said...

Salam As,

You have given quite a comprehensive list for both your abah and mak side of the family. We can see that there is slight variation in the position of some names, even though both your parents come from Perak.

In your example, Achik or Encik comes after Andak and Anjang. Strangely, there is no Utih. Also, this is the first time I come across Chor.

Thanks for the info. We all get to learn something new today.

Fadhil said...

Aizan @ Kak Ngah,

I guess the position of Andak varies from family to family, as can be seen from the example given by 3yrsh/wife above.

I do have a Pak Andak (my late mom-in-law's younger brother) and I think he is no. 4. But I can't be sure because there are siblings of his who have passed away.

Err... masa mula-mula kena panggil Mak Ngah dulu, terasa tua tak? ;-)

Justiffa said...

Oldstock - i was an only child to divorced parents and mine was certainly a lonely existence. but later when my dad remarried, i finally had siblings although the gap is rather wide.. 15 years to be exact. my youngest bro is only 2 yrs older than my eldest lol!!

So there're 2 'alongs' in my family but its not a problem since i'm known as mak pah instead of mak long.. then theres pak long (used to be abang), pak ngah (used to be adik), mak baby (my sis..used to be baby) and pak bob (used to be boy). hehehe as you can see theres no actual pangkat or gelaran ;) saje nk kongsi :D

anneaziz said...

Salam Oldstock,

Berbeza dengan kami kat North. Yang sulong as in my case, maybe Long, Along but more often than not, yang sulong akan digelar Chaq (as in Besaq!) or Wa (as in Tua!) so I am Kak Chaq who has been promoted to MakChaq and lately to Tok Chaq with the presence of grandnieces from my cousins children.

The 2nd in the family, a brother was just abang as he was the only boy in the family. Things got a lil bit confusing when we started to have children, what do they call him? So we adopted Mamu from my mother's side of the family which is actually uncle in Tamil. His wife became Mami (ala-ala Mami jarum)

3rd in the family is known by name until she got upgraded to makngah and pakngah, 4th is Adik later on known as MIMI cos the kids couldn't pronounce mami (this is atypical) and last was known by name until made an Acu (i/o UCU) and husband known as Cu De (Taking part of his own name name)

In my opinion, ada panggilan ni bagus...it promotes a sense of belonging to a group of people. No matter whether the name is right or wrong by some. Aunties and Uncles memang memudahkan, tapi kurang identiti. Jangan Marah Aunties and Uncles!

DrSam said...

saya dulu-dulu pun konfius juga dengan gelaran-gelaran orang diterimapakai oleh orang-orang melayu ni. Kekadang tu nak rujuk adik beradik sendiri (belah saya dan isteri) kat anak-anak (pak dan mak sedara depa) pun asyik tertukar-tukar :)

Fadhil said...

Justiffa @ Mak Pah,

An only child is also known as anak tunggal. I've heard a late biras of mine being called Pak Unggal, there reason for which I found later was because he was an only child.

Aha... I see that you have a sister with the panggilan manja Baby yang sekarang dah jadi Mak Baby. I have a niece pun dipanggil Baby, later upgraded to Auntie Baby... and she doesn't feel the least embarassed about it.

Thanks for sharing.

Fadhil said...

Salam anne @ Tok Chaq,

Wah... hang pun anak sulong jugak. Now I know the meaning of Chaq. Tq.

My second eldest sister-in-law (wife's kakak) is also called Wa, short for Adik Tua, because Kak Long calls her Adik. Her husband became Abang Wa. They later upgraded to Mak Wa and Pak Wa... how's that for a cool name!

Your brother who was Abang then became Mamu. In my case, my brother-in-law who's the second youngest sibling in my wife's family is also called Abang, because he addresses himself such to the youngest brother. He has upgraded to Pak Abang now. Sounds weird but hey, as long as the nephews/nieces are not confused, who are we to call him something else, right?

Thanks for sharing your story. I'm glad that I posted this entry. I've learnt so much from all the various comments.

Fadhil said...

Doc,

Orang Ganu ada ke gelaran pangkat adik beradik macam ni? Cuma yang saya ingat time keje kat Dungun dulu, nama manja anak lelaki ialah Awang.

anneaziz said...

Oldstock,

Now don't you dare!...Tok Chaq is strictly reserved for the second generation after the baby boomers. And you, my friend are definitely my generation rather than theirs! (You tau la...soal becoming tok ni kan sensitive issue!) Marah gurau2 je...

So takkan lah you belum di anugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk?

Tinta Mustika said...

Hi Uncle Oldstock!

Referring to Along's bravery, I think being the eldest in the family somehow will automatically possessing this one character..independent.

Just like Along, I did the same thing many years ago. I was in kindergarten, though. I went back home on my own just because I couldn't wait any longer for mak to pick me up. The news of we were travelling to KL really thrilled me. Entah apa kenanya, I always had this conspiracy theory about them leaving me! Mak pulak unusually (very) late that day. And I was thinking, takpe..mak banyak keja, aku boleh jalan balik sendiri.(Very independent, konon)

Nak jadi cerita, someone was offering me a ride home. So, I went with this 'uncle' rather than walked home by myself. 'Uncle' pulak belanja I minum-minum. We reached home quiet late and this created chaos to the family. You know y? Mak sudah buat police report!

Yang bestnya, bila mak asked me; "Y didn't u wait for me?"

Me; "Mak lambat sangat."

Mak; "Lambat sikit je. Tunggu sajalah."

Me; "Tak nak. Nanti mak tinggal."

Mak; "Tinggal ke mananya?"

Me; "Mak dgn ayah nak pergi KL, nanti tinggal orang(me)."

Mak; "Tinggal hapanya? minggu depan baru nak bertolak, engkau niii!!"

Luckily I wasn't being canned by mak! That 'uncle' turns out to be mak's friend indeed.

Uncle Oldstock,

I hv no issue of u wanting another heir/heiress. Just the thinking of having another queen yang susah! Trust me, the 'divide and rule' theory is actually bad in politics! Hi,hi,hi.

Tommy Yewfigure said...

Salam Oldstock,

Oh ini macam punya; orang cina pun ada pangkat system. Where u r in Johor, mostly Teochew ppl, they address big brother # 1 is ‘Tua Heah’, #2 is ‘Zee Heah’ # 3 is ‘Sar Heah’ & youngest brother is ‘Soi Tee’. In Cantonese (KL/PJ); it’ll be ‘Tai Koh’, ‘Yee Koh’, ‘Sum Koh’ & ‘ Sai Loh’ respectively. Tall people in teochew r call ‘Teck Koh’ (u know the bamboo rod they used to hang clothes with)…hahaha.

I supposed the number one is always the baddie; Ah Long (Loan shark) & Tai Koh (Triad Boss)…muahaha.

Cheers,
Tommy

Unknown said...

..salam, oldstock..over here in Kelantan, everything is either awang or mek..pronounced with Kelantanese slang, of course..as in awe ngah, awe long, mek su and such..and after the mek su..(siapa yang berhenti kat 3?) than it is up to the imagination...

Fadhil said...

Wahai anne @ Tok Chaq yg masih muda :-)

Darjah kebesaran pangkat Tok telah dianugerah kpd kami suami isteri sejak beberapa tahun. Click this link for the story in my Feb'09 archive -> A grand old man

Fadhil said...

Tinta Mustika,

Laa... kamu pun jenis yang berani jalan kaki balik rumah sorang-sorang ye. Memang jelas sekali bahawa kebanyakan anak sulong ni bersifat independent.

Now, on the part of another queen tu, I'm only kidding lah. But if I do venture down that path in the future, I hope you'll be the first to remind me, hehehe...

Fadhil said...

Hi Tommy,

After reading your comment, I now recall that my neighbour friend from younger days (Teochew family) call his eldest brother Tua something... now I know. He himself was called Tee Tee, which I assume to mean youngest brother. Thanks for the info, my friend.

Heheheh... you better not mess with us Ah Long and Tai Koh. Give us some respect please :-)

Cheers.

Fadhil said...

Salam Pakmat,

The `Mek' pronoun is universal in the east coast region. When I was working in Dungun, I caught onto the habit of calling the girls Mek. Now in JB, when I go makan at a kedai tom yam or one run by a Kelantanese, I would revert to calling the girls as Mek.

Aizan Suhaira said...

Oldstock... I felt a BIT old when I was first called Makngah. But my Makngah was in even worse. She refused to be upgraded to Tok Ngah, preferring Makngah Senior instead. Cheh!

Fadhil said...

Aizan,

Hehehe.... Makngah Senior, now that's a new one!

BanjarRakai said...

Assalam,

Sebenarnya saya nak komen post ni minggu lepas, tapi ada masalah dengan network.

Sebelah adik-beradik saya dan isteri saya, kami menggunakan gelaran seperti berikut:

1. Along
2. Angah
3. De
4. Teh
5. Alang
6. Andak (Sebelah isteri Usu, sebab ada 6 beradik sahaja).
7. Usu

Sebelah bapa mertua saya pula:

1. Along
2. Angah
3. De
4. Teh
6. Andak
7. Itam
8. Achik

Yang menariknya bapa mertua saya adalah anak yang bongsu. Tak pasti la sebab apa dia tidak dipanggil Usu. Mungkin Achik untuk 'kecik'. Adik bongsu mak mertua juga gelarannya Achik.

Kalau ikut sebelah keluarga bapa saya lagi senang. Bapa saya keturunan Banjar (Selangor/Perak). Sebelah sana cuma ada tiga gelaran sahaja. Pak/Mak Long untuk yang sulung. Pak/Mak Su untuk yang bongsu. Pak/Mak Ngah untuk adik-beradik di antaranya, tidak kira la berapa ramai. Jadi memang pening la sikit bila nak rujuk Pak/Mak Ngah yang mana satu. Kena tambah nama selepas gelaran.

Fadhil said...

Salam BanjarRakai,

Wah... udah ada kulaan beri komen di blog ulun.

Senarai sebelah pak mertua kamu ada gelaran Itam (no. 7). So kira betul lah rujukan yang saya dapat tu.

Sebagaimana yg kamu tulis, di kalangan keluarga emak saya (urang Banjar) memang takde guna gelaran sangat. Yang ada cuma Mak Long dengan Ucu (first and last). Yang tengah-tengah tu, takde pun :-)

Terima kasih atas komen anda. Jgn segan-segan nak singgah lagi.

Wan said...

Alahai...where was I when all these gelarans were discussed?
Anyway, Mr Oldstock, since I am from Perak, I will guide you with our tradition of pangkat...

1st born - boy .... Yeop
- girl.... Yong/Chor
2nd - boy... Ngah... girl..Nyah
3rd - boy/girl ... Yang/Che Yang
4th - boy/girl... Andak
5th - boy/girl ... Abg Chik/Chik
6th - boy/girl ... Teh/Ateh
7th - boy/girl ... (hmm..yg ni keliru sikit! muahaha!...my brother is called... Uda, I don't know about the girl!)
8th (normally the youngest :Chu/Su)

And as for the pangkat for uncles and aunts, tambah aje Ayah/Pak for the men and 'Wan' for the women.
Contoh: I am the sixth in the family... so, I am Wan Teh to all my nephews and nieces. As I am also a Perak 'Wan', my cousins children are to call me with 'Nde' in front of my name.

Harap ulasan pendek ini membantu tuan...

Fadhil said...

Salam Wan,

It's never too late to drop a comment, no matter when the post was written.

Thank you for your informative input. So it is confirmed that the 6th child in Perak is called Teh/Ateh/Utih.

Do drop by again. Also feel free to browse my old articles and comment if you wish. I have set the comment moderation to email notification so that I know which comment relate to which post.

Wan said...

Oh dear, where are my manners!

Salam Mr Oldstock,

It's nice of you to welcome me here and I should say, I have been your silent reader quite some time ago. Thanks.

As for the above matter, I realised now that we don't strictly adhere to the pangkat calling except that it is more for my children and my siblings' children to get to address their uncles and aunts accordingly.

(from now on.. I'll sign in as Lili... hehe... I'm not used to people calling me 'wan'!)

D said...

Salam OS (as in OldStock, and not Mr OS! LOL)

this is going to be a long one from me :)

My family's a little complicated. In my family, we have a Kak Long & kak Ngah. Then, after my mom passed away, my dad married my step-mom who had 2 of her own children. Her eldest is older than my Kak Long. So, in order to carry on with tradition and not confuse matters, our children have 2 mak/pak longs - only differentiated by their names, eg: Mak Long Gee & Mak Long Faridah, etc.

My step-mom's from Muar and they call sisters (kakak), 'abang'. But every time I ask a Johorean friend about this, they are always amused!

My late husband pulak was from Perak. The first 4 cucu nenek/Tok diorang received a title each from: Intan Payung Gunung Meletup! LOL!! Hence,
Cucu sulong - Intan
Cucu No.2 = Yong (my late hubs)
Cucu No.3 - Nonong
Cucu No.4 - Otop

What a joke!

Fadhil said...

Salam D,

That's interesting about the gelaran cucu. Actually, I have previously heard of the nama timangan `nonong'... many years ago, a neighbour called her little girl as such. I wonder if it carries the same meaning as those on your late hb's side.

Thanks for the input. Hope you don't quit the writing...

Imah said...

Hi....Saya check di DBP mengenai pangkat dan panggilan dalam keluarga seperti petikan di bwh:

"Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. "

Fadhil said...

Hi Imah,

Tak sangka pulak posting lama saya ini masih mengundang komen. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.

Seperti yang boleh dilihat dari komen-komen pembaca di atas, nama gelaran-gelaran ini tidaklah `standard'. Lain tempat atau negeri, lain pula kegunaannya. Malah ada keluarga tidak menggunakannya langsung. Jadi pada saya, petikan dari DBP itu boleh dikira sebagai panduan am sahaja.

Keluarga generasi moden sekarang tidak ramai anak... jadi besar kemungkinan gelaran bagi anak-anak yg kebawah tu, lama-kelamaan akan hilang dari pengunaan. Sayang juga kalau berlaku begitu...