Saturday 27 August 2011

Kekurangan jemaah

Tapak projek di mana saya bertugas sekarang terletak di kawasan pendalaman di daerah yang dikatakan sebagai tanah paling selatan di hujung benua Asia. Nak kata jauh dari jalan utama... tak juga sebenarnya, tapi kira memang kawasan kampung.

Banyak juga kampung di kawasan ini yang mana penduduknya rata-rata adalah pekebun kecil ataupun nelayan. Dengan adanya beberapa projek pembangunan, maka adalah peluang pekerjaan bagi anak-anak muda tempatan untuk bekerja sebagai pekerja binaan mahir ataupun buruh biasa. Namun begitu, tugasan seperti ini bersifat sementara. Anak-anak muda dari kampung lebih gemar mencari pekerjaan tetap di bandar-bandar besar.

Pejabat tapakbina syarikat saya terletak berhampiran dengan kampung yang sedap namanya... Kg Sungai Dinar. Bila ada kelapangan, saya serta staff-staff yang lain gemar melaksanakan solat waktu secara berjemaah di masjid kampung itu, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ini. Apa yang saya perhatikan pada setiap solat jemaah ialah bilangan makmum yang tersangatlah sedikit... itupun majoritinya dari kalangan kami yang bukan penduduk tempatan. Kalau dalam satu saf itu ada sepuluh orang, tujuh darinya adalah kami pekerja-pekerja dari syarikat binaan yang terlibat di sana.

Pada solat asar petang semalam, saya ke masjid bersama seorang rakan setugas. Setelah azan dilaungkan oleh Pak Bilal, tiada lagi makmum yang muncul tiba... jadi akhirnya solat berjemaah kami tiga orang sahaja. Ya, mungkin orang lain sudah bercuti atau sibuk ke pasar membeli persiapan hari raya... tapi sedih juga lah kan.

Dan saya rasa... perkara yang sama turut dialami oleh masjid-masjid kampung pendalaman, di mana jua di tanahair kita ini.

Salam Aidifitri buat semua pembaca. Semuga Allah swt menerima amalan kita semua...

2 comments:

Lee said...

Hi Old Stock, how you doin'?
From Canada, here's wishing you and family the very best of hari raya.
Di susun sepuluh jari, meminta maaf zahir dan batin.
Happy holidays!
Selamat hari raya.
Lee.

Fadhil said...

Hi Uncle Lee,

Thank you for the kind wishes. I am doing ok. Hope you are well too over there in Canada.