Monday 30 November 2020

Setahun telah berlalu...

Pada tarikh 30 November tahun lepas telah selamat berlangsung majlis kenduri kahwin anak kedua kami, Harith Shahiran dan isterinya Aisyah, di Menara Tabung Haji, Johor Bahru. Saya tidak berkesempatan untuk menceritakan tentang acara tersebut dalam blog ini pada tahun lalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan majlis dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat dan kenalan dari zaman persekolahan hingga zaman bekerja. Terima kasih kepada semua yang meraikan acara tersebut bersama kami.

Pada tahun ini, beberapa sahabat dan saudara-mara kami yang terpaksa menunda atau meringkaskan majlis perkahwinan anak-anak mereka akibat arahan PKP. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan urusan untuk meraka yang terkesan dengan peraturan norma baru.

Gambar di bawah ini ialah bersama besan kami iaitu En Abdullah dan Pn Saadiah yang datang dari Kota Damansara, Selangor.

Majlis terima menantu di JB. Majlis nikah disempurnakan beberapa minggu sebelum itu.

2 comments:

Hajhas said...

Happy belated tahniah 🤭
.
.
CikSom

Fadhil said...

Terima kasih Cik Som. Apa khabar? Lama dah dengar cerita..