Lada ditumbuk lada putih,
Tuan menagih pada yang ada
Saya merajuk pada yang kasih...
(pantun dari halaman web DBP)
Dalam mencari maksud pada perkataan 'goreng', saya telah merujuk kepada Kamus Dewan yang saya miliki (edisi keempat tahun 2007). Terdapat dua (2) definisi bagi perkataan tersebut iaitu :
1. Yang dipanggang dalam kuali, yang dimasak dengan minyak.
2. Kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak (bahasa percakapan)
Maksud yang pertama itu adalah jelas dan tidak perlu dihuraikan. Maksud yang kedua pula adalah satu slanga (percakapan tidak rasmi) bagi aksi bermain gitar di mana petikan tali gitar itu dibuat dengan rancak dan nyaring, terutamanya pada bahagian 'gitar solo' dalam sesebuah lagu.
Para peminat muzik sudah tentu faham maksud kedua perkataan ini. Antara pemuzik tanahair yang pandai 'menggoreng' gitar ialah allahyarham M Shariff dan allahyarham A Rahman Hassan. Bagi saya, penggoreng gitar barat yang paling saya minati ialah Mark Knopfler.
Sebenarnya, rujukan yang saya buat ialah untuk mencari satu lagi maksud perkataan 'goreng' yang saya mula dengar ketika zaman persekolahan berpuluh tahun dahulu. 'Goreng' yang dimaksudkan ini juga digunakan dalam percakapan tidak formal. Tidak pasti pula samada istilah ini masih disebut oleh pelajar-pelajar masa kini.
Oleh kerana Kamus Dewan saya edisi lama, saya pun membuat semakan di internet. Manalah tahu, mungkin sudah ada definisi baru. Maaf... tiada definisi baru di laman web DBP.
Jadi, bagaimana ya untuk saya terangkan maksud ketiga perkataan 'goreng' ini (ikut pemahaman saya lah)? Mungkin saya boleh beri contoh pengunaannya.
Contoh 1 : Soalan karangan dalam kertas periksa BM tadi susah betul. Ceritakan satu keadaan yang boleh menerangkan maksud peribahasa 'Lalang ditanam, takkan padi yang tumbuh!'. Saya tak pernah pun dengar perumpamaan itu. Mana ada orang tanam lalang. Saya pun goreng je jawapannya.
Contoh 2 : Aku duk dengar dengan tekun mamat tu bagi ceramah tentang periuk masak yang terhebat di pasaran. Boleh grill, steam, air-fry, bake, smoke dan segala macam metode memasak. Dan bagaimana kalau kita jadi ahli, boleh tingkatkan jualan dengan hanya dapatkan tiga orang `downline' dan terus jana pendapatan beribu-ribu dalam masa beberapa bulan sahaja! Dalam bab menggoreng ni, tiada yang lebih hebat dari promoter MLM.
Kecekapan menggoreng cara ini kadangkala ada munafaatnya. Tetapi haruslah berhati-hati... terlebih goreng boleh jadi hangus.
Lima ratus negara tu memang sah-sah lah menggoreng. Tersalah sebut, katanya. Yang dimaksudkan ialah 500 peserta dari seluruh dunia. Ok lah... saya pun tidak pasti sebesar mana sesi 'video conferencing' yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Mungkin talian sambungan mereka tersangatlah lancar dan jelas. Kami kumpulan rakan sekolah lama, buat panggilan video guna Google Duo, seramai tujuh atau lapan orang pun tersekat-sekat.
Panjang juga celoteh saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Gambar sekadar hiasan. Tempe dan tahu goreng. Enak di makan dalam waktu pergerakan terhad PKP.
Tempe dan tahu goreng dari Segamat Station Kopitiam |
5 comments:
Ha ha! the new slogan .. Now everyone can fry!
Assalamualaikum Sahabat,
Nice to see you are still actively blogging..
maybe I should pick it up again anytime soon..
Have a nice day..
Ayah Wan
Pak Idrus,
Hahaha... nice one. Tony or Kamaruddin may not like it though, hehe...
Alaikum salam Ayah Wan
My work situation has changed and I'm now having some free time, even before the MCO. So I guess blogging is a good hobby as any to resume. Take care sir..
Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang tertua khususnya dirantau Gugusan Pulau Pulau Melayu. Sebelum ujudnya Indonesia, Malaya, Bahasa Melayu yang mengguna skrit Jawi telah menjadi penulisan yang diguna luas di Kerajaan Melayu Melaka, Campa, Acheh dan Fatani. Semua dokumen lama termasuk Perjanjian Pangkor di tulis dalam Skrip Jawi. Peristiraan Kemederakaan pun dokumen asal adalah dalam Skrip Jawi. Disamping satu bahasa yang diguna luas Bahasa Melayu juga mengandungi perumpamaan disamping bermaksud yang tersurat dan tersirat. Begitulah adanya!
Post a Comment