Friday, 30 April 2021

Khairuddin Mohd Amin dalam kenangan

Khairuddin Bin Mohd Amin
Lahir : 1 Mac 1964
Kembali ke rahmatullah : 14 April 2021 (Rabu) bersamaan 3 Ramadhan 1442

Khairuddin adalah adik ipar saya (adik kepada orang rumah saya) yang menetap di Puncak Alam, Selangor. Telah dijemput ilahi ketika menunaikan solat Maghrib selepas selesai berbuka puasa. Selamat dikebumikan pada awal pagi Khamis sebelum solat subuh.

Kami terima berita yang agak mengejut ini ketika di hujung solat tarawih di masjid. Dengan keadaan negara masih terkawal di bawah PKP yang tidak nampak penghujungnya, saya memang menjangka tiada rezeki untuk kami melihat jenazah sebelum dikebumikan. Namun begitu, keesokan harinya kami berusaha mendapatkan permit polis untuk rentas negeri dan bertolak dari Johor Bahru ke Puncak Alam dengan membuat sedikit lencongan ke Kota Tinggi untuk singgah ambil seorang kakak ipar untuk turut sama.

Menurut pandangan anak kedua saya yang juga seorang doktor, punca kematian yang secara tiba-tiba sebegini hampir pastinya berkaitan komplikasi jantung. Hampir serupa keadaannya dengan pemergian adik lelaki saya (Azhar B. Isma Yatim) beberapa tahun yang lalu yang saya catit di sini -> And then there were three...

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Semuga Allah swt ampunkan dosa Khairuddin Mohd Amin dan tempatkan roh beliau bersama kalangan para soliheen.

Allahyarham Khairuddin (kiri) selaku pengacara majlis
ketika perkahwinan anak saudara kami 5 tahun yang lalu

No comments: