Wednesday, 7 November 2012

Makmum yang tidak mahu mengikut imam

Kira-kira dua minggu lepas, sahabat blogger saya, ayahanda Wan Sharif telah menulis di FB beliau tentang kisah seorang pegawai masjid yang kurang `user-friendly'. Beliau dan isteri telah singgah di masjid tersebut untuk melakukan solat isyak tetapi tidaklah mengikut jemaah lain kerana lewat sampai dari perjalanan.

Seorang pegawai masjid telah menutup kesemua lampu sedangkan isteri Wan Sharif masih mengambil wudhu. Apabila diberitahu bahawa masih ada orang dalam masjid, pegawai itu dikatakan telah menjawab, `Biarlah. Siapa suruh dia datang sembahyang lewat sangat.'

Kisah Sdra Wan Sharif ini telah mengingatkan kembali pengalaman saya sendiri tentang pegawai masjid yang tidak mesra pengguna ini.

Sekitar akhir tahun 1980an, saya bertugas sebagai seorang jurutera yang mengawasi beberapa projek pembinaan di negeri Johor. Satu petang, saya telah melawat tapak projek pembinaan rumah kedai di Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru. Waktu telah hampir masuk solat asar, jadi saya pun menuju ke sebuah surau yang terletak tidak jauh dari tapakbina.

Saya sampai di surau tersebut ketika azan baru selesai dilaungkan. Saya terus mengambil wudhu dan mendirikan solat sunat. Dalam masa melakukan solat sunat, konsentrasi saya terganggu kerana bunyi suara kuat dari seseorang yang sedang membebel tentang sesuatu. Selesai solat sunat, saya menoleh keliling. Tidak ramai jemaah ketika itu, sekitar tujuh atau lapan orang sahaja. Suara yang kuat itu rupanya datang dari Pak Imam yang sedang berleter tentang sikap orang-orang muda yang tidak menghormati adab bersolat. Mukanya yang masam memandang sipi ke arah saya, seolah-olah menyindir. Saya hairan seketika... aku ada buat salah ke?

Bila iqamah dipanggil, saya pun bergerak untuk berdiri di saf belakang imam. Pak Imam itu mencampakkan tasbih di atas sejadah hadapan setiap makmum. Kemudian dia menunjuk ke arah saya dan dengan nada kasar berkata, `Awak pakai songkok!'

Aikk? Sejak bila pakai songkok menjadi rukun sembahyang? Saya tidak berkata apa-apa, cuma setakat mengangkat kedua tangan sebagai tanda, `Tak apalah...'

Pak Imam menjadi lebih marah dan warning pada saya, `Kalau gitu, awak jangan ikut kawan!'

Saya geleng kepala, pusingkan badan dan terus beredar dari saf. Saya masuk kereta, start enjin dan terus pecut ke arah sebuah lagi masjid yang berhampiran. Sempatlah saya bersolat asar dengan imam dan jemaah yang lain.

Peristiwa ini berlaku lebih 20 tahun yang lalu... tapi masih jelas dalam ingatan saya. Mengapakah sesetengah pegawai masjid mempunyai sifat yang sebegitu angkuh? Bukankah Islam itu menganjurkan supaya umatnya berlemah lembut dan tegur-menegur dengan cara yang berhemah?

Harap-harap tiadalah pemimpin-pemimpin agama kita yang macam ini lagi.

12 comments:

Pak Zawi said...

Fathil,
Inilah masalahnya apabila seorang yang jahil menjadi pemimpin. Pemilihan seseorang pegawai mesjid mestilah berasaskan kriteria2 yang betul. Pegawai seperti dia pastinya tidak mampu mengimarahkan mesjid/surau dimana dia bertugas.

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

oh 20 tahun dulu.

moga jadi iktibar pada kita semua yang masih bernyawa dalam tempoh itu dan akan dtg ;)

mamasita said...

Ni lah kadang2 kita kecewa..mentaliti setengah2 orang Islam..dia rasa dia saja yang warak..orang lain tak.

Nak merengus dan mengherdik saja.
Sifat kemarahan yang lahir dari iblis besar yang tercongok dalam badan mereka.

maharajaserius said...

Assalamualaikum... saya juga punyai banyak pengalaman berhadapan pengalaman pahit begitu. tetapi melihat masalah2 komunikasi yang berlaku dikalangan orang masjid, saya tak berminat untuk memperincikannya. jawatankuasa masjid yang tidak komited dalam dakwah. kelompok pendakwah pula tidak memduduki jawatankuasa masjid. what do u expect.

jadi saya menulis INI untuk memberi harapan kepada pembaca,. diharapkan tulisan ini tidak menanam skeptik dalam masyarakat terhadap 'orang2 masjid'. sekian.

DrSam said...

Salam oldstock,
Manusia berbagai ragam dan rupa, satu tanda kebesaran Allah S.W.T. Dia Al-Musawwir yang mempelbagaikan setiap sesuatu untuk kita mafhum kewujudanNya. Kita doakan semoga hamba-hamba itu mendapat hidayah dan diampunkan segala dosanya. Keburukan orang yang dipertunjukkan kepada kita kadangnya dijadikan cermin kepada dosa-dosa kita yang lampau. semoga kita semua mengambil iktibar. Wallahuaklam.

Al-Manar said...

I would do the same and more, going after the pengurusi ahli jawatankuasa masjid. It is not just about being angry but voicing what seems wrong.

Oldstock said...

Pak Zawi,

Dalam kes saya ini, mungkin qariah surau itu tiada pilihan tapi terpaksa berimamkan orang seperti itu. Sesetengah orang mempunyai karekter garang yang boleh mencantas orang lain dari menentangnya. Saya cuma rasa kesian kepada qariah surau tersebut...

Oldstock said...

Salam Sdra Khairul Hakimin,

Betul. Harap menjadi iktibar kpd kita semua yang masih hidup. Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen.

Oldstock said...

Mamasita,

Semasa saya ditegur oleh pak imam itu, saya tergamam kejap... tapi setelah beberapa hari, saya terfikir mungkin Allah swt nak tunjukkan kpd saya bahawa manusia ini bermacam ragam. Orang yg bergelar imam pun boleh buat silap, jadi kita manusia biasa pun perlu mengelakkan kesilapan yang sama.

Oldstock said...

Alaikum salam maharajaserius,

Pengalaman negatif saya dgn pegawai masjid setakat ini tidaklah banyak, cuma mungkin yang ini terlalu ketara dalam ingatan saya. Apapun, saya tidak berniat untuk membuat tanggapan umum kerana saya yakin ramai ahli jawatankuasa masjid berkhidmat dgn ikhlas.

Saya dah baca link yg sdra beri dan setuju dgn tulisan sdra itu. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini.

Oldstock said...

Salam Dr Sam,

Memang benar bahawa manusia bermacam ragam dan saya juga setuju bahawa peristiwa itu berlaku dgn sebab Allah swt nak tunjukkan kpd saya akan cabaran yg datang dari dalaman. Itu boleh kira baru sedikit... mungkin akan ada cabaran yang lebih besar dari pihak luar. Apa pun, ianya satu pengalaman yg berharga.

Oldstock said...

Pakcik Al-Manar,

The strange thing was that, when he was sneering at me after I finished my solat sunat, I sort of expected that something more serious would be forthcoming. I played it out in my mind on how I would possibly react - do I fight back, withdraw silently or give in.

I chose to withdraw silently because I thought it would be disrespectful for me as a young man then, to be arguing with a senior citizen. I could have won the argument but I wouldn't have won the hearts of the other jemaah that were present.